Tuesday, 19 July 2016

PENGALAMAN MURID-MURID SK BANDAR TASIK KESUMA KETIKA BERADA DI LUAR NEGARA

NURFAIZAH HANNANI BT. MOHD FAUZI
KELAS 5 TERATAI
TAJUK :  KENANGAN DI BERLIN

Kira-kira 2 tahun  lepas saya dan keluarga berpindah ke Berlin barat Eropah Saya masih ingat lagi ketika ayah memberitahu yang kami sekeluarga akan mengikutinya ke Jerman selama lebih kurang dua tahun  Ketika itu rasa seronok tidak terkata !
Siapa tidak mahu melancong ke Negara orang.      

Saya ingin beberapa minggu sebelum ke German saya dan keluarga sudah mula mengemas rumah .Saya asyik menghitung hari.Rasanya  tidak sabar sabar hendak  memijak ke tanah German di Eropah.Itu bermaksud saya akan merindui kawan-kawan saya di Malaysia.Oh sedihnya.Sampailah hari yang dinanti-nantikan.Saya bangun seawal pagi.Hati saya berdebar-debar.Saya bersiap dan kami sekeluarga terus ke Kuala Lumpur International  Airport KLIA.Kami akan menunggu kapal terbang  yang mahu dinaiki.Setelah beberapa ketika pesawat kami pun sampai.Kami menaiki pesawat dengan berhati hati.Didalam hati saya berkata selamat tinggal Malaysia. Sebaik sahaja sampai di German  itulah pertama kalinya saya menjejakkan  kaki di sana.Rasa seperti mahu melompat bangga ingat nama jalan itu Wedding Strabe.

Beberapa hari  kemudian saya dimasukkan ke satu sekolah yang bernama Bruder Grimm krundshule.Bersekolah di sana amat seronok.Tidak perlu memakai uniform seperti di Malaysia. Boleh pakai sebarang pakaian
Sesuka hati Di situ juga,saya mengalami cuaca dan bersalji Ia satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.Di sekolah,baik-baik belaka.Pihak  sekolah selalu membuat lawatanTempat-tempat yang menyeronokkan Lego Mini Discorery Land,Aquaria dan banyak lagi.Mereka akan membuat lawatan sekurang-kurang 2bulan  sekali ! Dua tahun terasa begitu cepat berlalu.Sekarang,Sudah tiba masanya untuk saya mengucap selamat tinggal kepada German.Terasa mahu menangis pula.Tetapi ,saya bersyukur kerana telah melalui pengalaman itu .Alhamdulillah,saya amat berterima kasih kepada rakan- rakan ,guru dan ahli keluarga kerana saya dapat mencipta pengalaman baru di tanah German.           



IMRAN HARITH BIN ROSLAN
KELAS 5 KESIDANG
TAJUK : KENANGAN DI TURKI

Pada cuti pertengahan penggal yang lalu saya dan keluarga telah pergi bercuti di Istanbul, Turki. Perjalananan menaiki kapal terbang MAS terus dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk mengambil  masa hampir sebelas jam.

Kami sampai di sana pada pukul 8.00 pagi waktu Turki.Kami terus ke tempat penghinapan di kawasan Aksaray.Pada hari pertama di sama kami Cuma melawat muzium yang terdapat di kawasan Sultanahmet.Sultanahmet merupakan tempat pelancongan yang sangat terkenal di Turki.

Di dalam salah satu muzium.Saya melihat kain penutup kaabah pedang nabi dan janggut nabi.Walau bagaimanapun peraturan di situ tidak memberi kami mengambil gambar.Kami juga telah melawat Masjid biru dan sempat merasa aiskrim ajaib.Pada hari keempat dan kelima kami melawat kawasan Taksim.Taksim merupakan kawasan bandar dan terdapat banyak hotel  pasaraya dan restoran-restoran yang besar.Kami sempat menaiki Trem untuk meronda dataran Taksim square.

Pada hari keenam dan ketujuh kami melawat Istana Top kopi spice bazar Pasar Findikzade Bursa dan Miniadurk.Sepanjang berada di sana kami hanya menggunakan perkhidmatan kereta api laju yang sangat efisyen.Kami bertolak balik ke Malaysia pada hari kelapan dengan perasaan gembira kerana percutian kali ini berjalan dengan lancar.   


NAMA : MUHAMMAD DANIEL BIN NOOR MUHAZAM KELAS : 5 TERATAI, SKBTK 
TAJUK : KENANGAN DI SINGAPURA

Cuti sekolah akhir tahun telah bermula. Setelah bertahun-tahun lamanya perancangan dilakukan, akhirnya aku dan ibu saudaraku mengambil peluang untuk bercuti ke kota singa. Singapura sebuah negara jiran yang pesat membangun, penuh kemodenan tetapi masih mengekalkan kehijauan persekitarannya. 

Percutian 3 hari 2 malam telah dirancang oleh ibu saudaraku dan rakan-rakannya secara terperinci. Kami menginap di Hotel Citrus, Johor Bharu dan berulang-alik ke Singapura dengan menaiki kereta. Kata ibu saudaraku harga hotel dan makanan di Malaysia jauh lebih murah berbanding Singapura. Dengan kaedah begini kami dapat menjimatkan kos perbelanjaan. Pada hari pertama, kami telah menjejakkan kaki ke Singapore Zoo. Aku berasa begitu teruja dan sangat seronok kerana haiwan-haiwan disini kebanyakkannya dilepaskan secara bebas. Tidak seperti di Zoo Negara, kawasan zoonya lebih luas dan terdapat lebih banyak spesis haiwan yang dipamerkan. Kami juga berkunjung ke National Orchid Garden Singapore. Ibu saudaraku berasa sangat gembira kerana disini terdapat pelbagai spesis orkid. Orkid merupakan bunga kebangsaan bagi Negara Singapura. 

Singapore Zoo National Orchid Garden Singapore Keesokkan harinya, kami telah menjejakkan kaki ke Science Centre. Konsepnya sama seperti Petro Sains di Malaysia. Pelbagai aktiviti sains telah aku terokai dan pelajari, contohnya konsep bunyi, cahaya dan magnet. Kami juga berkesempatan ke Snow City. Tempat yang paling aku gemari dan tidak dapat aku lupakan. Suasana musim sejuk disini begitu indah sekali. Kami perlu memakai baju sejuk, sarung tangan dan kasut khas. Aku mencuba gelongsor ais dan gelongsor menuruni bukit salji menggunakan peluncur yang disediakan. Namun, disini kami tidak dibenarkan mengambil gambar sendiri kerana jurugambar khas disediakan. Kos dikenakan bagi setiap keping gambar yang diambil sangat mahal. Science Centre Hari terakhir disini, kami banyak menghabiskan masa berjalan-jalan di Bugis Street, China Town dan Little India. China Town menjual pelbagai cenderahati dan makanan dengan harga yang sangat murah. Konsepnya sama sahaja seperti di Petaling Street tetapi di Singapura, kedai-kedai dan persekitarannya jauh lebih bersih. Ibu saudaraku membeli banyak cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia. Aku juga tidak lupa untuk membeli baju sebagai tanda kenang-kenangan. China Town Walaupun percutian aku ke Singapura hanya sebentar dan tidak banyak tempat dapat aku kunjungi, namun aku berasa begitu gembira. Perjalanan yang singkat ini penuh dengan pengalaman yang bermakna dan ilmu yang bermanfaat. Aku berharap tahun ini aku diberi peluang untuk bercuti dan menimba pengalaman yang lebih banyak  



                   

No comments:

Post a Comment